FAQ

1. Bolehkah kaedah ini dipraktik dengan kaedah pinjaman Islam?

Boleh, apa yang anda perlu ialah pergi ke bank dan tanya tentang kaedah pinjaman Islamik.

2. Adakah ini sah disisi undang-undang?

Ya, semua permohonan pinjaman dibuat melalui bank.

3. Adakah Teknik Rahsia Bank boleh dipraktikkan bersama pinjaman perumahan kerajaan?

Biasanya kerajaan tidak mengeluarkan sebarang pinjaman perumahan berbentuk overdraf, hanya sistem perbankan yang mengeluarkan overdraft. Tetapi terdapat juga bank yang tidak mengeluarkan pinjaman overdraft (Contoh: Bank Rakyat)

4. Bagaimana untuk kakitangan kerajaan menggunakan sistem ini?

Ini hanyalah cadangan sahaja

a. Beli rumah ke-2 (jika berkemampuan)
b. Refinance (sila buat kiraan terlebih dahulu)
c. Cuba dapatkan pinjaman overdraft dari bank (kebiasaannya pihak bank memerlukan sesuatu untuk disandarkan/cagaran)

5. Senarai Bank yang menyediakan kemudahan pinjaman bergabung?
Kebanyakan bank ada menyediakan kemudahan ini. Antaranya :

RHB Bank CIMB Bank
AMBank Maybank
Public Bank dan lain-lain.

Anda boleh bertanya pada mana-mana bank yang tidak disenaraikan diatas untuk mendapatkan kemudahan pinjaman overdraft.


6. Saya ingin mendapatkan sedikit maklumat berkenaan Teknik Rahsia Bank?
Dalam E-Book ini kami membongkar cara alternatif selain daripada mengeluarkan wang KWSP untuk melangsaikan hutang rumah dengan cepat. Malah dengan cara ini dengan disiplin yang baik berkemungkinan besar saudara dapat menambahkan lagi aset saudara. Malah, saudara juga dapat menyelesaikan hutang-hutang lain.

7. Bolehkah Teknik Rahsia Bank diaplikasikan bersama kaedah potongan biro angkasa?
Tidak.

8. Adakah semua bank terima ?
Hanya bank yang ada memberi kemudahan pinjaman overdraft.

9. Apa peranan Rahsiabank.com ?
Kami memberikan pengetahuan bagaimana untuk menyelesaikan pinjaman dengan cepat. Insya-Allah.

10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah ini?
Anda boleh layari laman web rasmi iaitu http://www.rahsiabank.com/.

11. Adakah penerangan atau seminar atau bengkel akan diadakan?
Ya, sudah tentu. Lawati http://www.rahsiabank.com/bengkel untuk maklumat lanjut.

Monday, September 1, 2008

Pengurusan Kewangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya menggunakan blog ini adalah untuk memudahkan urusan pengunjung untuk bertanya atau memberi pendapat.

Hari tajuk kita adalah "Pengurusan Kewangan"

Apabila sebut sahaja wang semua orang tahu tentang nilai disebalik sekeping kertas hatta kanak-kanak yang belum bersekolah pun tahu apa gunanya wang atau duit.

Ramai dari antara kita (termasuklah saya) tahu macam mana untuk menggunakan wang tapi berapa ramai yang tahu bagaimana untuk menguruskannya. Hah... ini baru intro sahaja..

Mari kita ambil contoh yang mudah.

Pendapatan vs perbelanjaan dalam sebulan. Berapa ramai antara kita membuat analisis kewangan pendapatan sebulan. Saya rasa tidak ramai.

Antara faktor-faktor yang perlu anda ambil sebagai kiraan adalah:-

1. Pendapatan bersih

2. Perbelanjaan tetap (ansuran rumah, kereta, insurans* dll)

3. Perbelanjaan anjal (barangan keperluan dapur, petrol, tol, persekolahan anak-anak dll)

4. Cukai pendapatan

5. Simpanan

6. dan lain-lain faktor.

Dengan kiraan tersebut, kita boleh menilai tahap kewangan semasa supaya dipenghujung bulan tidak keputusan wang.


Kita bersambung dilain masa...... insya_Allah

Team RahsiaBank.com


No comments: